Monday, June 2, 2008


KASIH DAN KEHIDUPAN


Kasih dan pilih kasih merupakan sesuatu yang berbeza dan setiap orang pasti mengalaminya. Selalunya setiap orang akan memberikan perhatian dan kasih kepada apa yang disayanginya. Tetapi bagi perbuatan pilih kasih, Islam amat melarang perbuatan itu dalam kehidupan.

Anak-anak yang dipelihara mestialah dilayan sama rata, diberikan keadilan dalam semua hal, dipuji bila melakukan perkara baik dan yang nakal dinasihati, yang cerdik diberi hadiah dan yang kurang pintar dibimbing.
PUISI KEHIDUPAN
(petikan dalam surah Ibrahim / Pa & Ma)

Lihat-lihat anakku
Betapa pokok itu tersangat besar
Tersangat besar
Akarnya sungguh dalam
Sungguh jauh ke bumi
Dahannya rendang

Bila ditiup angin
Walau kuat sekali
Tidak bergoyang dan tidak tumbang

Begitulah ibarat diri manusia ini
Jika imannya kuat
Bersemadi di hati
Apa sahaja cabaran datang mendekati
Iman tak mudah goyang
Tak mudah ditawani
Seperti pokok tadi yang akar sangat dalam
Tak mudah goyang, tak mudah tumbang
Lihat-lihat anakku betapa pokok itu
Tersangat kecil, tersangat kecil
Akarnya tidak dalam, tidak jauh ke bumi
Dahannya pun tak rendang, kecil sekali
Mudah bergoyang dan mudah tumbang
Begitulah ibarat, diri manusia ini
Jika iman tak kuat bersemadi di hati
Bila saja cabaran, datanglah mendekati
Iman mudah bergoyang dan mudah ditawani

Seperti pokok tadi yang akarnya tak dalam
Mudah bergoyang dan mudah tumbang
Dengar-dengar anakku
Akan pesan ibu, teguh iman di hati
Iman di hati
Jadilah engkau sayang khalifah yang sejati
Biar hidup di atas kasih Illahi.
KAITAN KOPI DAN KEHIDUPAN
Manusia yang minum kopi setiap hari memiliki kualiti diri yang tinggi berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Kafein membantu memperbaiki sampel-sampel tertentu dalam badan manusia untuk fungsi kehidupan yang lebih sempurna.
American Society for Reprodutive Medicine.
PRINSIP DALAM KEHIDUPAN

Prinsip merupakan sesutu yang wujud dalam diri yang perlu diikuti lantaran yang empunya diri yang mencipta prinsip bagi dirinya. Hidup merupakan kemampuan sendiri dan komitmen yang diberi dalam penghidupan adalah berdasarkan prinsip. Prinsip juga merujuk kepada disiplin dalam pelbagai aspek kehidupan. Ini termasuklah berdisiplin dalam berbelanja iaitu seseorang perlu dalam merangka rancangan perbelanjaan dan sentiasa perlu akur padanya. Simpanan kewangan secara tetap juga disiplin dalam kehidupan agar ahli keluarga mendapat perlindungan masa hadapan setelah bersara.

DETIK-DETIK NAN INDAH


Detik-detik indah dalam kehidupan adalah apabila melihat kehidupan yang baru subur mewarnai dunia yang penuh cabaran ini. Putaran masa menjadikan kehidupan ini lebih indah dengan adanya pelbagai penerokaan dalam alam persekitaran. Seterusnya detik indah dalam penghidupan akan membuahkan emosi yang sering bertindak balas dengan alam.


AKTIFKAN MINDA SI MANJA


Minda yang aktif akan membuatkan si manja menjadi seorang yang agresif dalam setiap perlakuannya. Situasi ini akan memberi peluyang untuk si manja mempelajari dan menerokai persekitarannya dengan baik dan pelbagai aktiviti yang positif. Minda yang cergas mampu membentuk peribadi anak-anak yang cemerlang apabila dewasa nanti.

KANAK-KANAK

Perubahan tumbesaran kanak-kanak amat ketara pada awal perkembangannya. Setiap ibu bapa perlu prihatin tergadap setiap perkembangan anak-anak mereka. Sesetengah kanak-kanak amat ketara pertumbuhannya dan amat gembira bergaul dengan orang yang lebih dewasa. Ada kanak-kanak yang cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru pula dan ada juga yang sebaliknya. Setiap hari ada sahaja perubahan yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak dalam proses tumbesaran mereka. Oleh itu bersabar dan berusahalah memantau perkembangan anak-anak.